[Al-Imam Alwi - Ubaidillah - Ahmad Al-Muhajir - Isa Ar-Rumi
- Muhammad An-Naqib - Ali Al-’Uraidhi - Ja’far Ash-Shodiq - Muhammad Al-Baqir -
Ali Zainal Abidin - Husain - Fatimah Az-Zahro - Muhammad SAW]
Nama "'Alwi" atau "'Alawi" amat masyhur
di kalangan para habaib terutama yang berketurunan Imam al-Muhajir r.a.
Tersebut dalam "Syarhul 'Ayniyyah" karya as-Sayyid asy-Syarif
al-'Aliy al-Muniif al-'Allaamah al-Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi Ba 'Alawi
yang mensyarahkan qasidah guru beliau Imam al-Haddad dinyatakan bahawa
keturunan Rasulullah s.a.w. yang pertama diberi nama 'Alwi @ 'Alawi adalah cucu
Imam Ahmad al-Muhajir yang pertama dilahirkan di Hadhramaut iaitu al-Imam
as-Sayyid 'Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Daripada beliau inilah
turun segala zuriat para habaib 'Alawiyyin @ Bani 'Alawi yang masyhur zaman
berzaman. Maka kepada beliau inilah keluarga Junjungan Nabi s.a.w. keturunan
Imam Husain r.a. dari jalur Imam 'Ali al-'Uraidhi dinisbahkan sebagai Aali Ba
'Alawi (keluarga Ba 'Alawi) atau 'Alawiyyin. Keturunan mulia yang amat berjasa
dalam dakwah dan penyebaran Islam. Rumpun bangsa Melayu di Nusantara amat
bertuah kerana Allah s.w.t. telah menjadikan Islamnya leluhur kita atas tangan
para habaib yang mulia ini.
Beliau adalah Al-Imam Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad
Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-’Uraidhi bin Ja’far Ash-Shodiq, dan
terus bersambung nasabnya hingga Rasulullah SAW. Beliau seorang yang sangat
alim dan dan merupakan salah satu imam besar di jamannya.
Beliau dilahirkan di Hadramaut dan dibesarkan disana.
Semenjak kecil beliau dididik langsung oleh ayahnya dan berjalan pada thariqah
yang telah ditempuh oleh ayahnya. Beliau gemar mendalami ilmu dan selalu
menyibukkan dirinya untuk menuntut ilmu, sehingga beliau berhasil menguasai berbagai
macam ilmu. Beliau juga adalah seorang yang hafal Al-Qur’an. Selain menuntut
ilmu di Hadramaut, beliau juga menuntut ilmu sampai ke kota Makkah dan Madinah.
Disamping kedalaman ilmunya, beliau adalah seorang yang
banyak bermujahadah. Beliau banyak melakukan shalat dan puasa. Sifat wara’ dan
banyak bersedekah juga selalu menghiasi diri beliau.
Beliau adalah orang yang pertama kali diberi nama Alwi,
yaitu nama yang asalnya diambil dari nama burung yang terkenal. Beliau
dikaruniai banyak keturunan, tersebar dan baik. Keturunan beliau ini dikenal
dengan nama keluarga Ba’alawy. Jadi setiap keluarga Ba’alawy di seluruh dunia
pasti bernasabkan diri kepada beliau. Keturunan beliau, keluarga Ba’alawy,
tersebar di seluruh antero negeri. Nasab mereka lebih terang daripada sinar
matahari dan cahaya rembulan.
Beliau adalah seorang yang sempurna memadukan kemuliaan diri
dan nasab. Keutamaan-keutamaan beliau terukir di berbagai lembaran tulisan.
Banyak para ulama dan ahli sejarah yang memuji dan mengagungkan beliau.
Diceritakan dalam salah satu riwayat, yaitu ketika beliau
hendak melaksanakan perintah haji dan berziarah ke makam kakeknya Rasulullah
SAW. Ikut di dalam rombongan beliau sekitar 80 orang, belum termasuk para
pembantu dan sanak kerabatnya. Ikut juga di dalamnya saudaranya yang bernama
Jadid. Itu semua beliau yang menanggung biaya perjalanannya. Ditambah lagi
beliau sering bersedekah kepada orang lain di saat perjalanan pulangnya. Beliau
juga membawa unta-unta dalam jumlah yang banyak untuk dipakai buat orang-orang
yang lemah dalam rombongannya.
Beliau hanya mempunyai seorang anak yang bernama Muhammad.
Tidak berbeda dengan ayahnya, Al-Imam Muhammad juga seorang yang dikaruniai
kemuliaan sifat wara’, zuhud dan ibadah. Perkataan, perbuatan dan hal-ihwalnya
selalu berada dalam kebaikan. Berkumpul di dalam dirinya keutamaan dan
keindahan budi pekerti. Beliau adalah seorang yang sangat pengasih kepada
anak-anak yatim, orang-orang lemah dan kaum fakir miskin. Banyak para ulama dan
ahli sejarah yang menyebutkan, memuji dan menghormati beliau. Disamping itu,
beliau adalah seorang yang berilmu, kalamnya fasih dan pandai.
Beliau, Al-Imam Muhammad bin Alwi, dilahirkan di daerah Bait
Jubair (di Hadramaut) dan dibesarkan disana. Beliau mengambil ilmu langsung
dari ayahnya dan juga dari beberapa ulama yang hidup di jamannya. Beliau
meninggal pada umur 56 tahun, dengan tidak diketahui pasti tanggal meninggalnya
dan tempat disemayamkannya.
Adapun anak beliau adalah bernama Alwi. Al-Imam Alwi juga
mewarisi sifat-sifat kebaikan dari ayahnya. Beberapa ahli sejarah menyebutkan
dan memuji kehidupan beliau. Beliau seorang imam, ulama, ahli zuhud dan ibadah.
Selain itu, beliau juga seorang yang dermawan dan tawadhu. Beliau mengambil
ilmu langsung dari ayahnya dan beliau berjalan pada thariqah ayahnya.
Beliau dilahirkan di Bait Jubair dan dibesarkan disana dalam
kemuliaan didikan. Beliau meninggal juga di tempat kelahirannya pada tahun 512
H.
Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal
sebagai Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang dihadiri
oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang membahaskan antara lain mengenai
kemasukan Islam ke Indonesia. Antara kesimpulan yang diperolehi hasil
musyawarah tersebut dinyatakan sebagai berikut :
Kami atas nama Majlis Musyawarah menyampaikan bahwa Majlis
Musyawarah dalam pertemuannya yang ketiga pada 8 Dzulhijjah 1382H bertepatan
dengan 20 April 1962 yang dihadiri sekitar 165 ulama, setelah mendengarkan,
membahas dan mencari bukti-bukti tentang hal tersebut di atas memutuskan bahwa
yang pertama memasukkan Islam ke Indonesia adalah para Syarif 'Alawiyyin dari Hadhramaut
yang bermadzhab Syafi`i.
Selain mensifatkan Imam 'Alwi bin 'Ubaidillah dengan ilmu,
warak, tawadhu, dermawan, tinggi budi pekerti dan berbagai sifat kepujian,
penting juga untuk kita beri perhatian bahwa al-Habib Ahmad bin Zain
al-Habsyi.rhm dalam kitabnya tersebut dengan tegas menyatakan yang Imam 'Alwi
bin 'Ubaidillah adalah seorang SUNNI SYAFI`I (SUNNIYYAN SYAAFI`IYYAN). Maka
kenapa sekarang ada yang mengaku keturunan beliau tetapi menyalahi i'tiqad
pegangan beliau, bahkan mencoba membingungkan umat dengan menimbulkan isu
"mazhab Ahlil Bait", yang digambarkan sebagai berseberangan dengan
Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Oleh karena itu, dari keterangan diatas al-habib Ahmad bin
Zain al-Habsyi murid utama al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwy al-Hadad, agar
kita tetap istiqamah atas jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang
melazimi salah satu mazhab dari mazhab empat yang muktabar. Pegangan i'tiqad
yang jelas dan disepakati muwafaqah dengan yang sebenarnya yaitu Ahlus Sunnah
wal Jama`ah, adalah sangat penting kerana atas dasar inilah amalan yang
diterima. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan kita atas pegangan para
salafus sholeh terdahulu yang disampaikan kepada kita melalui wasitah para
ulama khalaf yang merupakan murid, pengikut dan khalifahnya para salaf
terdahulu.
Sungguh mata rantai para ulama Islam tidak pernah terputus,
berbeda dengan agama-agama samawi selainnya. Binasalah orang yang mencoba
membeda-bedakan antara para ulama salaf dan ulama khalaf, sehingga menimbulkan
paham seolah-olah kedua-dua pihak itu saling bertentangan. Sungguh tiada pada
khalaf melainkan ajaran salaf.
[Disarikan dari Syarh Al-Ainiyyah, Nadzm Sayyidina Al-Habib
Al-Qutub Abdullah bin Alwi Alhaddad Ba’alawy, karya Al-Allamah Al-Habib Ahmad
bin Zain Alhabsyi Ba’alawy)