Ratib Al-Habib Umar bin Abdurrahman Al-Attas
Al-Fatihatu ilaa hadhrati al-habib Sayyidina Muhammadin
S.A.W. wa aalihi wa sahbihi wa man waalaahu. Wa ilaa ruuhi sayyidina al-Habib
Umar bin Abdurrahman Al-Attas, shohibi ratib, wa syeich Ali bin Abdillaahi
al-Baaras. wa usuulihim wa furuu’ihim annallaaha jataghasyaahum bir’rahmati wal
maghfirati al-fatiha. A’uudhu billaahi minasy’yaitaani rajiim.
Bismillaahirahmaanirahiim. Alhamdulillaahi rabbil aalamiin. Arrahmaanirahiim
maalikijawmid’diin. Ijaakana’buduu wa ijaa kanastaiin.Ihdinas’siraatal
mustaqiim. Siraathal’ladhiina anámtu alaihim Ghairil maghdhuu alaihim walaa
dhaaliin. Aamiin. Lau’anzalnaa haadhal qur’aana alaa Jabalin lara’aitahu
ghaasyian mutasad’dian min ghasy’yatil’laahi wa tilkal amthaalu nadhribuhaa
linnaasi la’allahum jatafakkaruun. Huwallaahul ladhii laa ilaaha illaa huwa
aalimul ghai’bi wa shahaadati huwa rahmaanirahiim.
Huwallaahul ladhii laa
ilaaha illaa huwa al-malikul Qud’duusu salaamul mu’minul muhaiminul aziizul
Jabbaarul mutakabbiru subhaanallaahi amma jusyrikuun. Huwallaahul ghaalikul
baari’ul musawwiru lahul asmaa’ul husnaa jusabbihu lahu maa fii samaawaati wal
ardhi wa huwal aziizul haqiim.
A’uudhu billaahis samii’il aliimi minasy’syaitaani
rajiim(3x).
A’uudhu bikalimaatillaahi taamaati min syarri maa
ghalaqa(3x).
Bismillaahil ladhii laa jadhurru ma’asmihii syai’un fil
ardhi walaa fis’samaa’i wahuwassamii’ul aliim(3x).
Bismillaahirahmaanirahiim, walaa hawlaa walaa quwwata
illaabillaahil alijjil adhiim(10x).
Bismillaahirahmaanirahiim(3x).
Bismillaahi tahassanaa billaahi, bismillaahi tawakkalnaa
billlaahi(3x).
Bismillaahi aamannaa billaahi wa man ju’min billaahi laa
ghawfun alaihi(3x).
Subhaanallaahi azzallaahu subhaanallaahi jal’lallaahu(3x).
Subhaanalaahi wa bihamdihi subhaanallaahil adhiim(3x).
Subhaanallaahi wal handulillaahi walaa ilaaha illallaahu
wallaahu akbar(4x).
Yaa, lathiifan bighalqihi yaa, Aliiman bighalqihi yaa,
ghabiiran bighalqihi al-tufbinaa yaa, lathiifu yaa, aliimu yaa, ghabiir(3x).
Yaa, lathiifan lam jazal al-tufbinaa fiimaa nazal innaka
lathiifu lam tazal al-tufbinaa wal muslimiin(3x).
Laa ilaaha illallaah(40x).
Muhammadur’rasuulullaah(1x).
Hasbunallaahu wa ni’mal wakiil(7x).
Allahumma salli alaa Muhammadin allahumma salli alaihi wa
sallim(11x).
Astghfirullaah(11x).
Taa’ibuuna illallaah(3x).
Yaa, allaahu bihaa yaa, allaahu yaa, kariimu yaa, allaahu
bihusnil ghaatimah(3x).
Ghufranaka rabbanaa wa ilajkal masiir laa jukalliful’laaha
nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa alaihaa maa aktasabat rabbanaa laa
tu’agidhnaa in’nasiinaa aw’agta’naa rabbanaa walaa tahmil alainaa isran kamaa
hamaltahu alal’ladhiina min qablinaa rabbanaa walaa tuhammilnaa maalaa
qatalanaa bihi wa’fu annaa wagh firlanaa warhamnaa anta mawlaanaa fansurnaa
alal qawmil kaafiriin. Al-Fatihatu ilaa Hadhrati sayyidinaa wa Habibinaa wa
Syafi’inaa rasuulillaahi Muhammad ibn Abdillaahi sallallaahu alaihi wa aalihi
wa ashaabihi wa azwaajihi wa dhurri’jaatihi bi’annallaaha ju’lii darajaatihim
fil jannati wa janfa’unaa bi asraarihim wa anwaarihim wa uluumihim fid’diini wa
dunjaa wal aaghirati wa jadz’alunaa min hizbihim wa jarzuqnaa mahabbatuhum wa
jatawafaanaa alaa millatihim wa jah’syurnaa fii zumratihim. Al-Fatiha athaa
bakumullaah.(Surat al-fatiha).
—————————————————————————————–
Kelebihan Ratib: Huraian Ratib Al-Habib Umar bin Abdul
Rahman Al-Attas
Makna Ratib
Perkataan Ratib mempunyai banyak erti. Ratib yang
dimaksudkan di sini berasal dari perkataan (rattaba) bererti mengaturkan atau
menyusun. Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya.
Sembahyang sunnah Rawatib adalah antara sembahyang-sembahyang sunnah yang
diamalkan pada waktu-waktu yang tertentu oleh Nabi s.a.w. Ratib al-Attas
mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun
oleh al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas yang juga dibaca pada waktu-waktu
yang tertentu.
Istilah Ratib digunakan kebanyakkannya di negeri Hadhramaut
dalam menyebut zikir-zikir yang biasanya pendek dengan bilangan kiraan zikir
yang sedikit (seperti 3, 7, 10, 11 dan 40 kali), senang diamalkan dan dibaca pada
waktu-waktu yang tertentu iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu
malam. Terdapat Ratib al-Haddad, Ratib al-Aidrus, Ratib al-Muhdhor dan
lain-lain.
Keutamaan Ratib
Berkata sebilangan ulama ahli salaf, antara keutamaan ratib
ini bagi mereka yang tetap mengamalkannya, adalah dipanjangkan umur, mendapat
Husnul-Khatimah, menjaga segala kepunyaannya di laut dan di bumi dan senantiasa
berada dalam perlindungan Allah.
Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca
ratib pada suatu tempat yang kosong dengan berwuduk, mengadap kiblat dan
berniat apa kehendaknya, Insya-Allah dimustajabkan Allah. Para salaf berkata ia
amat mujarrab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibacanya sebanyak 41
kali.
Antara kelebihan ratib ini adalah, ia menjaga rumahnya dan
40 rumah-rumah jirannya dari kebakaran, kecurian dan terkena sihir. As-Syeikh
Ali Baras berkata: “Apabila dibaca dalam suatu kampung atau suatu tempat, ia
mengamankan ahlinya seperti dijaga oleh 70 pahlawan yang bekuda. Ratib ini
mengandungi rahsia-rahsia yang bermanfaat. Mereka yang tetap mengamalkannya
akan diampunkan Allah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”
Bagi mereka yang terkena sihir dan membaca ratib,
Insya-Allah diselamatkan Allah dengan berkat Asma’ Allah, ayat-ayat al-Quran
dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin
Husein al-Attas berkata: “Mereka yang mengamalkan ratib dan terpatuk ular
nescaya tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya. Bagi orang yang takut nescaya
akan selamat dari segala yang ditakuti. Pernah ada seorang yang diserang oleh
15 orang pencuri dan dia selamat.”
Pernah datang satu kumpulan mengadu akan hal mereka yang
dikelilingi musuh. Al-Habib Husein menyuruh mereka membaca ratib dan beliau
jamin Insya-Allah mereka akan selamat.
Ada sebuah kampung yang cukup yakin dengan Habib Umar
al-Attas dan tidak tinggal dalam membaca ratibnya. Kecil, besar, tua dan muda
setiap malam mereka membaca ratib beramai-ramai dengan suara yang kuat.
Kebetulan kampung itu mempunyai musuh yang hendak menyerang mereka. Kumpulan
musuh ini menghantar seorang pengintip untuk mencari rahsia tempat mereka
supaya dapat diserang. Kebetulan pada waktu si pengintip datang dengan
sembunyi-sembunyi mereka sedang membaca ratib dan sampai kepada zikir:
Artinya: Dengan nama Allah, kami beriman kepada Allah dan
barang siapa yang beriman kepada Allah tiada takut baginya!
Mendengar tiada takut baginya, dan diulangi sampai tiga
kali, si pengintip terus menjadi takut dan kembali lalu menceritakan kepada
orang-orangnya apa yang dia dengar dan mereka tidak jadi menyerang. Maka
selamatlah kampung itu.
Nama-nama Ratib
Ratib al-Habib Umar bin Abdurrahman ini mempunyai banyak nama.
Antaranya adalah:
Artinya: Sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu
penghubung kepada Allah. Nama inilah yang dipilih oleh al-Habib Muhammad bin
Salem al-Attas apabila menyusun Ratib al-Habib Umar dalam bahasa Arab, Melayu
dan Tamil.
Artinya: Kubu yang kukuh.
Artinya: Belerang yang merah. Satu istilah bagi mentafsirkan
sesuatu benda yang amat berharga yang sukar didapati pada sebarang waktu atau
tempat.
Artinya: Pati segala zikir.
Artinya: Magnet rahsia-rahsia bagi mereka yang tetap
mengamalkannya pada waktu malam dan siang.
Artinya: Penawar bagi racun yang mujarrab. Menurut kata
al-Habib Husein bin Abdullah al-Attas, nama ini dinamakan oleh gurunya al-Habib
Ahmad bin Hasan apabila menerangkan kelebihan Ratib al-Habib Umar.
Artinya: Sumber pencapaian dan kunci bagi pintu penghubung
kepada Allah. Nama ini hanya terdapat di Tajul A’ras oleh al-Habib Ali bin
Husein yang menerangkan bahawa dalam kitab al-Qirtas yang beliau perolehi tertulis
nama Ratib al-Attas sebagai Manhal al-Manal dan tidak Azizul Manal.
Sejarah Ratib
Ratib ini dikarang oleh al-Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas dan sekarang telah berusia kira-kira 400 tahun. Ratib ini sehingga
kini banyak dibaca di negara-negara seperti di Afrika termasuk Darussalam,
Mombassa dan Afrika Selatan. Juga di England, Burma (Myanmar), India dan
negara-negara Arab. Di Afrika ia disebarkan oleh murid-murid al-Habib Ahmad bin
Hasan seperti al-Habib Ahmad Masyhur al-Haddad dan lain-lain. Di India, Kemboja
dan Burma oleh al-Habib Abdullah bin Alawi al-Attas. Sehingga sekarang
kumpulan-kumpulan ratib al-Habib Umar atau Zawiyah masih diamalkan di Rangoon
dan di beberapa daerah di Burma. Tetapi mereka lebih terkenal di sana dengan
Tariqah al-Attasiyah.
Ratib ini telah lama sampai di Malaya, Singapura, Brunei dan
Indonesia. Antara keterangan ratib ini yang diterbitkan dalam bahasa Melayu di
Singapura adalah sebuah kitab kecil yang bernama Fathu Rabbin-Nas yang dikarang
oleh al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas.
Tarikh selesai karangan ini adalah pada pagi Jumaat 20hb Jumadil Awal 1342
(20hb Disember 1923). Ia diterbitkan dengan perbelanjaan C.H Kizar Muhammad Ain
Company pengedar kain pelekat cap kerusi yang beribu pejabat di Madras, India
dan dicetak oleh Qalam Singapura.
Pada tahun 1939, al-Habib Muhammad bin Salim al-Attas telah
menerbitkan sebuah kitab yang bernama Miftahul Imdad yang dicetak di Matbaah
al-Huda di Pulau Pinang. Kitab ini mengandungi wirid-wirid datuk beliau
al-Habib Ahmad bin Hasan al-Attas tetapi terdapat juga ratib al-habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas di dalamnya.
Mengikut al-Habib Muhammad bin Salem al-Attas, al-Habib
Hasan bin Ahmad al-Attas pada suatu masa dahulu telah mencetak Ratib al-Attas
menerusi percetakannya Mutaaba’ah al-Attas (Al-Attas Press) yang pejabatnya
terletak di Wadi Hasan, Johor Bahru, Malaysia. Percetakan ini bergiat di Johor
pada kira-kira tahun 1927.
Waktu membaca Ratib al-Attas
Disebutkan di dalam kitab al-Qirtas: “Telah menjadi tradisi
bagi para sesepuh kami, khususnya tradisi dari al-Habib Husein bin Umar membaca
Ratib al-Attas adalah setelah solat Isya’. Kebiasaan itu dilakukan oleh Habib
Husein beserta pengikut-pengikutnya secara turun-temurun kecuali di bulan
Ramadhan. Adapun di bulan Ramadhan bacaan ratib itu dibaca sebelum solat Isya’.
Tetapi bagi yang gemar berzikir banyak yang membaca ratib al-Attas ini di waktu
pagi dan di waktu sore, sebab di antara kalimat-kalimat yang dizikirkan ada
zikir-zikir yang disunnahkan untuk membacanya di waktu pagi dan di waktu sore
seperti tertera di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.
Dikatakan oleh Habib Ali bin Hasan al-Attas di dalam kitab
al-Qirtas bahawa Habib Umar suka membaca ratibnya secara rahsia tanpa suara,
sebab beliau menginginkan bacaan ratibnya itu lebih berkesan di hati yang
membacanya dan lebih ikhlas karena Allah. Hal itu sesuai dengan firman Allah:
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan
diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan
petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”.(Al A’raf: 205)
Dan firman Allah:
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah
suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”. (Luqman: 19)
Jika ratib al-Attas ini dibaca secara berkelompok, maka
hendaklah dibaca dengan suara yang tiada terlalu keras dan tiada terlalu pelan,
sesuai dengan firman Allah:
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan
janganlah pula selalu merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara
keduanya”. (Al-Isra’: 110)
Ratib Habib Umar
Ratib Habib Umar yang diberi nama Azizul Manal Wa Fathu Bab al-Wisol
seperti dikatakan oleh Habib Ali bin Hasan al-Attas di dalam kitab al-Qirtas
bagian kedua juz pertama: “Ratib Habib Umar merupakan hadiah yang tertinggi
dari Allah bagi umat Islam lewat Habib Umar.” Peninggalan beliau yang paling
mahal hanyalah ratib yang beliau tinggalkan bagi umat ini. Ratib Habib Umar
merupakan wirid yang banyak mendatangkan faedah bagi yang membacanya setiap
waktu, terutama bagi yang sedang menghadapi kesulitan. Al-Habib Isa bin
Muhammad al-Habsyi mengatakan bahawa Habib Umar banyak sekali menyebutkan akan
keutamaan-keutamaan ratib ini. Pernah disebutkan bahawa ketika ada sekelompok
orang datang kepada Habib Umar mengeluh kesulitan pencarian dan lamanya musim
kemarau yang menimpa kepada mereka selama beberapa waktu. Mereka diperintah
membaca Ratib beliau dan dzikir Tauhid. Setelah mereka mengerjakannya, maka
dengan berkat bacaan itu, Allah memberi keluasan hidup bagi mereka.
Menurut Syeikh Ali Baras, jika Ratib Habib Umar dibacakan
bagi penduduk suatu desa atau bagi suatu keluarga, maka desa itu atau keluarga
itu akan dipelihara oleh Allah dengan peliharaan yang amat ketat. Selanjutnya
Syeikh Ali berkata: “Pernah aku diceritai oleh sebagian orang bahawa ketika
mereka takut menghadapi rampok yang akan menjarah rumah mereka, maka mereka
membaca Ratib Habib Umar sehingga rumah mereka tidak sampai dijarah oleh kaum
perampok itu meskipun jumlah mereka sebanyak 15 orang”.
Dipetik dari: Kelebihan Ratib: Huraian Ratib al-Habib Umar
bin Abdul Rahman al-Attas, oleh Syed Hassan bin Muhammad al-Attas, Masjid
Ba’alwi Singapura, terbitan Hamid Offset Service