Bertuahnya Kamu di Pilih Allah SWT


Namamu tertulis di lembaran oleh Imam FAgihil Mugaddam
Telah diceritakan oleh pelajar Daar al-Musthofa
Pada suatu malam daku bermimpi
Bertemu dengan al-Imam Fagihil Mugaddam
Sedang menulis sesuatu di lembaran yang sangat panjang
Aku bertanya kepadanya :
"Apakah yang sedang engkau tulis itu?"
Beliau menjawab :
"Aku sedang menulis semua nama-nama yang telah dan akan masuk kota Tareem, walaupun yang berada disana dalam masa yang singkat".


Aku teliti pada lembaran itu
Ternyata di sebelah nama-nama itu aku ternampak sesuatu tulisan
Dengan itu aku bertanya lagi :
"Apakah yang di sebelah nama-nama itu?"
Beliau berkata :
"Ini adalah sesuatu (sama ada banyak ataupun sedikit) yang diperolehi oleh seseorang yang telah dan akan masuk ke kota Tareem"


Allaahu Akbar ...
Nikmatnya dapat menjejakkan kaki di Bumi Taremm walau sementara
Maka jagalah adab dan bersangka baiklah tatkala kamu disana
Dengan itu kamu akan memperoleh barakah dari Ahlinya
Bertuahnya kamu di pilih Allah
Di hantar ke negeri yang barakah
Disaat beribu orang yang lain menginginkan
Akan tetapi Allah tidak mengizinkan
Walau kamu dapat menziarahinya dalam waktu yang singkat sahaja
Cukuplah bagi kamu memperolehi sesuatu yang diberikan oleh Bumi Tareem dan Ahlinya
Dengan beramal apa yang telah kamu perolehi dari ilmu
Dengan mengikuti sunnah-sunnah Nabimu
Dengan menyebarkan dakwah tanpa jemu ...



Semoga kelak Allah mengizinkan aku untuk menziarahi Kota Tareem,
Aamiin ...

::: Soraya Qurrotul'aiin SyifaaulgHalb :::