Yaa Tareem, Andai Saja Kita Berjodoh. Kelak Aku Sangat Bertuah, Semoga ...


Ya Tarim. Andai saja kita berjodoh. Kelak aku sangat bertuah. Andai saja aku mampu. Mustahil aku berada dalam jasadmu. Kerana yang akan ke sana hanya yang terpilih saja. Ya Tarim. Hati ini mahu. Hati ini ingin. Hati ini hendak. Tapi, hati ini juga malu. Malu kerana mustahil aku layak. Mustahil layak menjadi penghunimu. Kota itu sangat indah. Kota itu sangat mulia :’) . Ya Tarim. Aku terlalu mahukan suasana sepertimu. Aku rindukan bumi yang indah itu. Aku Penulis Hijrah, Wanita Hijrah. Cinta akan keindahan bumi Tarim. “Kota Cinta, Pemilik Sejuta Rahsia”.