Apa Itu Tasawwuf ?


Hakikat Tasawwuf......

"Apakah itu tasawwuf? Tasawwuf itu adalah akhlak. Apabila didalam dirimu bertambah akhlaknya. Bererti bertambahlah tasawufnya. Dan akhlak berhubung kait dengan iman. Bahawa hakikat tasawuf itu menurut para ulama umat ini, dan orang-orang solehnya dan para penuntut ilmunya dan orang-orang yang berfikir."

"Hakikatnya adalah satu maksud membawa kepada akhlak yang baik. Dan antara sifat didalam akhlak yang baik adalah sifat wara, sifat tawaduk, sifat sabar, sifat malu, sifat merendah diri, sifat takut kepada Allah سبحانه وتعالى, sifat rahmat dan lembutnya hati seseorang itu, dan juga ketenangan. Ini adalah tasawuf.

"Akhlak, yakni kumpulan akhlak yang terpuji dan baik. Dikatakan; "Barangsiapa yang bertambah akhlak didalam dirinya, maka telah bertambah tasawuf didalam dirinya. Dizaman sekarang bukanlah masalah dari segi zahir. Tapi masalah batin. Hati ini."

"Didalam hati. Bukan masalah rupa, masalah duit, masalah dunia. Akan tetapi adalah masalah berakhlak, dan menguatkan dan merasakan yang seseorang insan itu dapat meraih kedudukan "Al-Ihsan" disisi Allah سبحانه وتعالى dan mengikut akhlaknya Rasulullah ."


Oleh : Al-Musnid Al-Alamah Al-Habib Umar bin Hafidz.....