Keindahan Malam di Bumi Tareem

 


Di dalam kegelapan malam ...
Dihiasi dengan cahaya bintang yang bergemerlapan
Aku tersedar dengan alunan azan yang dilaungkan
Aku terpinga-pinga sebentar kerana kebingungan
"Panggilan fardhu fajar sudah di azan..?"
Padahal jam baru menunjukkan pukul 3 malam.

Tiba-tiba aku terdengar suara kesayuan ...
Mengalunkan zikir dalam munajat kepada Tuhan
Datangnya suara itu dari masjid yang berhampiran
Sungguh ia mengingatkanku kepada yang Maha Penyayang.

Lantasku sebut nama-Mu di dalam sujudku ...
Meluahkan segala rintihan rindu
Hanya kepada-Mu lah tempatku mengadu

Terima kasih wahai Sang Utusan ar-Rahman,
Karena membangunkanku dari lamunan keduniaan.


ya tarim wa ahlaha ..


::: Sorayaa Qurrotul'aiin SyifaaulgHalb :::