Selepas wafatnya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah
meminta izin dari Khalifah Abu Bakar AsSiddiq untuk meninggalkan Madinah. Abu
Bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.
Sebelum meninggalkan Madinah di tatapinya buat kali
terakhir Kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka
dan duka.
Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria. Sungguh
sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lama nya
Bilal menetap di Syria .
Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya, "
Wahai Bilal keras sungguh hatimu, kenapa engkau tidak menziarahi aku?"
Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata sehingga seluruh
keluarga nya terbangun.
Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi.
Ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.
Semasa Bilal dalam perjalanan menuju Kota Madinah, air
matanya tidak henti2 mengalir. Dia tidak berhenti di mana-mana agar cepat sampai di
Madinah.
Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah
lantas memberi salam," Asalamualaika ya Rasulullah." Air matanya
terus mengalir.
Tiba-tiba datanglah Amirul Mukminin Syaidina Abu Bakar memeluk
Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal sehingga reda tangisan Bilal.
"Bilal, alang-alang kamu sudah berada di sini laungkanlah
Azan untuk kami." Rayu Amirul Mukminin. "Tidak wahai Amirul
mukminin," jawab Bilal.
Kumandangkanlah Azan, kami rindu akan suara kamu, pinta
Syaidina Umar. Bilal mengelangkan kepala.
Tiba-tiba datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu
Hassan dan Husin," paman Bilal, kumandangkanlah Azan sebagai mana paman
kumandangkan di masa kakek kami masih ada.
Dipeluknya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu
lantas di ciumnya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan
permintaan Syadina Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku
takut nanti Rasulullah akan menolak permintaanku.
Bilal naik ke atas menara, ditatapi nya satu persatu
tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air matanya mengalir laju.
Allahu Akbar , Allahuakbar.
Terdiam seluruh penduduk Kota Madinah mendengar alunan
suara Azan tersebut. Suasana penduduk Kota Madinah masa itu gempar.
Asyhadu ala ila haa illallah
Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah dibangkitkan semula bisik mereka.
Asyhadu ala ila haa illallah.
Tangisan penduduk Kota Madinah kian pilu, mereka
terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah. Syadina Abu Bakar, Umar dan
penduduk Madinah menitiskan air mata. Kerinduan pada suara agung itu kembali
lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir
zaman.
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azannya
lagi,.lantas di sambut oleh Syaidina Abu Bakar dan Sayidina umar," Mengapa
Bilal?"
Waktu tengah Azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih
ku, aku melihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah
bersama kita.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk Kota
Madinah apa bila tukang adzan Rasulullah pulang ke Kota Madinah untuk mengubati
kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.
Rindukah kita kepada RASULULLAH?
Menangislah wahai sahabat/rakan, agar kerinduan kita pada
Rasulullah S.A.W terubat.