Mengaji di Kuburnya Sendiri


Seorang ulama' turki Sayyidi Maula Hussein Sisemi sedang membaca al-Qur'an di liang lahad yang beliau persiapkan untuknya kelak.

Apa yang dilakukan oleh Sayyidi Maula Hussein Sisemi mengingatkan kita pada sebuah kisah tentang Habib Mustohfa Al Muhdhor ' alaihi rahmatullah.

Tatkala Habib Mustohfa mendengar kisah Rabiatul Ardawiyah , seorang wali Allah & wanita solehah yang menggali lubang kuburnya sendiri, lalu mengaji tiap hari di dalamnya hingga khatam 7000x al Quran. ....

Maka sejak mengetahui hikayat tersebut, Habib Mustohfa tidak mahu mengalah, beliau pun membaca Al quran sampai khatam 8000x didalam lubang kuburnya sebelum beliau wafat. ..

Ketika ditanya, mengapa engkau membacanya hingga 8000x wahai habib? ..

Beliau menjawab, bagaimana mungkin aku mahu kalah dengan wanita, jika wanita sahaja 7000x, aku mesti nya mampu lebih, maka aku khatamkan 8000x ''.

Pesan habib munzir bin Fuad Al musawwa, " Jangan lewat seharipun tanpa membaca Al quran, jadikan ia bacaan yang paling disenangi".

Berkata imam ahmad bin hanbal " Cinta Allah begitu besar pada pencinta Al Quran, dengan memahami/tidak memahaminya"

Allahumma ja'alnaa min ahl qur'an.