Keadaan Ramadhan di Tareem, Hadhramawt, Yaman


Jika Ramadhan tiba, penduduk Tarim, Yaman di sana akan menutup pasaran dan kedai pada pagi harinya sampai Zuhur seakan tak ada kehidupan. Selepas Zuhur berlalu, sebahagian ada yang buka kedai, sebahagian lagi tetap di masjid mengaji hingga Asar. Selepas Asar barulah aktiviti berterusan.

Saat Maghrib datang, mereka solat berjemaah dan bubar kerumah. Sebahagian hanya buka lalu mengaji di masjid hingga Isya' dan tarawih. Selepas tarawih barulah mereka makan malam.

Di Tarim, Hadramaut, Yaman ada 4 waktu solat tarawih yang boleh diikuti semuanya. Tarawih disana bermula selepas Isya', kira-kira jam 19.30, nanti jam 21.30 ada lagi masjid lainnya yang melakukan tarawih, nanti jam 23.30 ada lagi, jam 01.30 ada lagi, jam 02.30 ada lagi.

Dalam semalam kita boleh melakukan tarawih sebanyak 20 rakaat dalam 3 atau 4 kali jika sanggup, boleh 80 rakaat. Tapi biasanya kalau guru mulia kita Al-Habib Umar bin Hafidz hanya ikut sebanyak 3 kali, jadi 60 rakaat. Beliau biasanya ikut 3 kali solat tarawih setiap malamnya. Solat tarawih yang pertama 2 juz, kemudian ikut di Masjid Ba'alawi 20 rakaat, ikut lagi di Masjid Muhdhor 20 rakaat, 60 rakaat setiap malam.

Subuh mereka di masjid dan membaca Al-Quran hingga matahari terbit (Isyraq, sekita 1.50 minit selepas azan Subuh), lalu pulang dan istirehat.


Cintailah Ulama', Pewaris Para Ulama'.